• Main
  • News

Kenyataan Media

Kenyataan Media

KENYATAAN MEDIA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
​PEMAKLUMAN CUTI PERISTIWA BAGI INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGERI MELAKA DAN PELAKSANAAN UJIAN AMALI SAINS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) PADA 16 NOVEMBER 2026

​Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka mengambil maklum pengumuman rasmi oleh YAB Ketua Menteri Melaka berhubung pengisytiharan Cuti Peristiwa di seluruh negeri Melaka pada 16 November 2026 (Isnin) susulan pengisytiharan keputusan Pilihan Raya Negeri oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses pengundian pada 14 November 2026.
​Sehubungan dengan itu, semua institusi pendidikan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di negeri Melaka adalah bercuti pada tarikh tersebut.
​Walau bagaimanapun, Ujian Amali Sains Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diteruskan seperti yang dijadualkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM. Semua calon SPM serta petugas peperiksaan yang terlibat dalam pelaksanaan ujian amali tersebut dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan.
​Pihak JPN Melaka berharap agar semua calon SPM yang terlibat dapat menduduki ujian amali ini dengan baik, tenang dan lancar.
​Sekian, terima kasih.
​JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
15 November 2026